Pages

Thursday, February 17, 2011

bermimpikah amesui dikala mata terbuka luas?

seringkali ditanya kesahihanya... amesui tersenyum sambil berlalu....
dalam kotak pemikiranya terlalu berat untuk dia membidas segala yang berlaku.

dunia ini terlalu luas untuk dimiliki oleh insan bernama amesui... ingin sekali dia membawa diri, membawa dirinya jauh pergi... namun sejauh manakah ianya mampu. sesekali tersentak jua memikirkan apa kemahuan nya... lantas dia bekata... entahlah dia sendiri tidak pasti apa mahunya... baginya ia menerima saja segala apa yang mampu membuatkan dia ketawa...

lantas, ia mengeluh seketika. sejauh manakah pejalanan hidupnya?

Friday, November 19, 2010

aNdaI DaPat Ku uNDuR MasA......

rupa2nya...

banyak masa yang berlalu kita biarkan ianya belalu... tanpa kita sedari kita sebenarnya banyak kehilangan... dan kerugian.

kita mengambil kata putus... kita membuat kata putus dan kita lalui kata putus yang berlalu... namun akhirnya kita kembali bertanya.... andai dapat aku undurkan masa....

kita sedar akannya.. kita melakukannya... sepantas kilat fikiran kita bertanya... andai dapat ku undur kan masa..

sekali lagi?

penyesalan? terlalu lewat!

Wednesday, November 3, 2010


Satu suara dan harapan


Detik aliran air itu deras kedengaran, satu persatu...

Pelahan namun ada kekuatannya disitu..


Dari satu sudut ia merenung, pandangan nya yang jauh. Namun diri sinaran matanya terlihat garis-garis kedukaan. Lalu sejenak ia mengeluh... betapa berat perkara yang ingin ditanggungnya.....adakah impian dan harapan akan terlaksana?

Thursday, June 3, 2010

congrez tok teman sejatiku....




teman....

tersentak aku seketika ketika clip video ditanyangkan di majlis perkahwinan ija dan hafiz, .masa berlalu, namun ia merupakan satu zaman yang paling aku rindui, disitulah aku mengenal erti persahabatan dan teman yang setia hingga ke hari ini... suka duka aku bersama kawan yang silih berganti.... persahabatan yang dibina bermula dari umurku 15 tahun, tingkatan 3 biru membawa kenangan yang berlainan. disitulah bermula pekenalan diantara aku dan liza, jiran sebangkuku... dia seorang yang sensetif, mudah merajuk, mudah marah dan sering bertukar pasangan(heee). ana, seorang gadis hitam manis, selalu menjadi orang tengah untuk mendamaikan pegaduhan kecil antara liza dan ija, dia juga dilantik menjadi posgurl diantara kami dan tuuuttt... meja ana adalah dibelakang mejaku bersama seorang lagi rakan semejanya bernama ija gadis genit yang bermulut kecik..(yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan)kami berempat selalu bertekak, ada saja benda yang tidak akan memuaskan hati kami... namun, kami adalah teman rapat sehingga sekarang...
selain dari kami berempat, kami juga ada mempunyai seorang musuh yang digelar anak leman... hahahhaha, dia adalah bekas kekasih hati sahabat ku bernama korek dan azan. dia juga merupakan gadis kegilaan ramai disekolah, namun perangai cam hampeh.... selain korek dan azan..sem, adwa, sandy, jepun, samek, hafis(suami kepada ija)dan arwah hafzani (cintaku)merupakan rakan sekelasku yang sering menjadi tumpuan guru displin kerana sifat yang sangat baik.


ya, sudah hampir 7 tahun aku meninggalkan zaman sekolahku. masa berlalu hingga aku lupa umurku kini mencecah 26 tahun, kawan2 rapat ku semua hampir kepada puncaknya... namun aku?

Sunday, October 18, 2009

kepulangan....

pejam celik pejam celik...dah 2 bulan lebih aku balik malaysia....apa eea?aku pun x pasti apa yang aku lalui...dalam abat aku disini...baru dua bulan...?dua bulan ni yang banyak buat aku pening....banyak juga hati yang aku hancurkan...jahatnya aku...
apa yang aku ingin katakan disini, bukan untuk menyombong atau membongkak, aku, dari sebuah hati yang tulus, maafkan lah aku...kerana aku, kerana diriku, dan kerana perilakuku, banyak manusia terhiris...dosakah aku untuk smua ini?dosa ya!mungkin aku ;lah manusia yang paling bodoh didunia, mencari sesuatu yang belum pasti...
hari ini, aku sunyi, diam aku sendiri melempas pandangan di sebuah sudut dibilik kecilku ini, sedih...aku x berdaya untuk menangis, dan aku x kan menangis lagi...
cuma apa yang aku pinta, maafkan lah aku...........

Wednesday, June 24, 2009

sekadar coretan....

melepaskan manusia yang kita sayang adalah satu keputusan yang amat berat untuk kita lakukan, namun untuk mengekalkan hubungan itu, adalah satu yang mustahil...dalam diri manusia, kita didatangi dengan pelbagai dugaan dan pilihan...dia, dia telah memilih jalan yang sewajarnya, manun dihatinya...tiada siapa yang mengerti.....

Saturday, May 23, 2009

suatu hari....

duduk ku sendirian dibawah pohon sakura yang teduh..lalu datang seorang manusia menghampiriku lalu bertanya...

`wahai kawan, kemanakah arah yang patut aku tujui?`
lalu aku menoleh ke belakang, siapakah gerangan pemilik suara yang lunak itu...diamanakah dia..
lalu muncul seorang kawan yang tidak aku kenali..secara sepontan tanpa meragui tidakannya, dia memelukku dengan begitu erat. ia seakan melepaskan sesuatu ketulan yang berat di minda sambil berkata sesuatu,lantas setitis air mata mengalir di pipinya itu...pantas aku terfikir...mengapa kah dia menangis...dah secara pelahan dia hilang dari pandanganku...dan
kemanakah dia..dan mengapakah dia bertanya kepadaku....

sesaat kemudian, aku menyedari..ia hanyalah satu ilusi....