Pages

Thursday, January 1, 2009

hari-hari yang menakutkan.....

emmm bosannya...

malam ni 1 januari.....mataku masih segar walaupun skrg sudah pukul 2.37....beginilah rutin harianku semenjak ``winter holiday`` leka dengan dunia khayalan aku..hahahahha....

bila aku pikirkan balik...pertama kali aku jejak kaki dalam pesawat 007MAS, aku keliru, benarkah ini keputusan yang aku lakukan...aku mencari seat yang telah ditetapkan..bermacam perkara bermain difikiran ku....cabaran pertama sebaik saja aku jejakan kaki di lapangan terbang narita...dengan penerbangan yang terpaksa ditangguh selama 2 jam...dan waktu tengah malam yang suntuk..benar2 menguji tahap kemampuan aku...dengan bebekalkan kebluran aku, dan tahap pemahaman bahasa japan yang kosong,,apakah yang mampu aku lakukan selain menangis diketika ini......namun aku bersyukur, sblum aku menaiki pesawat ni, aku bertemu seorang....perkenalan itu telah membawa ke persahabatan sehingga sekarang...
dia yang banyak membantu dan menyelesaikan segala kepayahan permulaan hidup aku disini.....kini bermulalah kehidupan aku di negara matahari terbit ini.....
dunia di sini jauh bebeza dengan dunia di tanah airku sendiri....disini, aku mula mengenal erti kepayahan,kekurangan,kesabaran dan segala jenis ke....hidup aku pada mulanya x seindah yang mereka pikirkan...puasa,dan raya aku disini....rutin harian aku...aku mula belajar bahasa asing disini...aku belajar bahasa yang aku x pernah paham sblum ni....dan yang paling penting...aku terpaksa menguruskan kehidupan aku dengan sendirinya...tiada lagi mama untuk masak , tiada lagi kakak untuk kemaskan bilik dan membasuh pakaian...tiada lagi abg dan kawan2 untuk aku melepak...arrrggghhhh tetekan nya hidup.....,aku memulakan semuanya dengan sendiri, dari hal yang sekecil2nya hinggalah sebesar2nya....dan berkat kesabaran....aku dah boleh mengawal perasaan aku...aku dah boleh uruskan rutin harian ku dan yang paling aku gembira...sekarang aku dah boleh memasak........
emmm sekarang...adalah tahun baru...apa yang aku inginkan adalah melupakan perkara yang paling pahit dalam hidupku...biarkan smuanya berlalu....aku kini,,,semakin gembira dengan kehidupan ku...
bersambung.....

5 comments:

  1. well.. lupakanlah segala kesedihan2 & kenangan2 yg pahit tu jauh2. Dan jgn lah sesekali toleh ke belakang mengenangkan segala peristiwa2 yg menyakitkan hati tu. Apa yang penting, di tahun baru ini, bukalah satu buku diari kehidupan yg baru. Bermula dari halaman kosong, dan penuhilah ia dgn bunga2, keceriaan, hilai tawa, dan kenangan2 manis yg mendatang. Gembiralah selalu dan sentiasalah kita berfikiran positif. Gud luck.

    ReplyDelete
  2. Hidup di perantauan tidaklah sesukar mana yg kita sangkakan. Apa yang penting adalah kita mesti mempunyai keazaman yang kuat, disiplin diri yg tinggi, hati yg tabah, berfikiran positif dan yakin pada diri kita sendiri. Tiada gunanya kita menangis di negeri org mengenangkan kesenangan2 yg biasa kita lakukan di negeri sendiri. Dalam apa jua kesusahan yang kita lalui di negeri org mestilah kita melihatnya kembali dari perspektif yg positif. Mmg terdapat lebih byk kebaikan di dlm segala kesusahan2 yg kita lalui di negeri org. Hanya org yg sabar, cekal & tabah sahaja yg boleh mendapat manfaat darinya.

    Mmg ada diantara kita yg tersalah membuat keputusan disebabkan oleh emosi yg sukar dibendung lg, yg mana sudahpun menguasai fikiran ketika itu, lalu memutuskan utk merantau ke negeri org dgn alasan ingin melupakan segala kepedihan yg dialaminya. Ternyata dia telah melakukan satu tindakan yg kurang bijak dan pergilah sejauh manapun, kepedihan itu tetap akan dirasakannya juga malah ia akan lebih memedihkan lg.

    Tiada gunanya kita menyesal atas apa yg sudahpun berlaku. Maka di sini hendaklah membetulkan kembali nawaitu kita dan ingatlah utk apa kita ke negeri org. Kerna.. bukannya mudah utk kita terpilih dan dihantar ke negeri org utk menimba pengalaman dan pengetahuan yg tidak ternilai harganya itu.

    Jadi kita mestilah cekal & tabah mengharungi segala dugaan2 yg mendatang dan haruslah kita melihat segala dugaan2 yg mendatang itu dari sudut yg lebih positif.

    Di tahun baru ini, dengan azam yg baru, sematlah di dlm hati yg kita akan lebih tabah, berani, matang fikiran, matang emosi, dan akan lebih berkeyakinan diri. Inilah yg akan membantu kita utk 'survive' di negeri org. Tidak ada org yg boleh menolong kita di sana, kecuali diri kita sendiri.

    Dan percayalah pada diri sendiri that u can do it. And i know u can.

    ReplyDelete
  3. v... be strong gurl..
    setiap yg terjadi ada hikmah di sebailik nya.. aku yakin ko boleh menghadapi hidup sendirian di perantauan.. aku sentiasa doakan ko..
    jiwa kena kental la beb..
    hehehe...

    ReplyDelete
  4. sodeh den baco blog ko...ermmm
    jadilah seorg anak,seorang adik or seorg sahabat yang tabah.mmg mudah untuk menasihati tp susah utk diri sendiri memikul...but i know u can do it..believed urself.k..take care beb!!

    ReplyDelete
  5. jgn la sodey..v ok je...haahaah

    ReplyDelete